Semua sedia mengetahui mengenai selebriti popular, Noor Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor yang telah beberapa kali didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Terkini, satu petisyen dilancarkan menggesa isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz itu menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali melanggar SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Petisyen tersebut ditandatangani lebih 20,000 individu.
Tindakan bekas pengacara program 'Meletop' itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga netizen bersatu hati menyokong petisyen bertajuk Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera.
Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan Neelofa. Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu.
Klik untuk gambar besar
"Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.
"Kesalahan-kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya," tulis individu berkenaan pada petisyen itu.
Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.
Pada pagi Khamis, Neelofa dan Riz didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.
Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.
Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickfields, Kuala Lumpur, pada Rabu.
________________________
No comments:
Post a Comment