20 May 2021

AKIBAT DIABETES - BAD INDIGO JALANI PEMBEDAHAN POTONG TIGA JARI KAKI 9 MEI LALU



"Sekarang kaki kiri tinggal ibu jari saja. Empat lagi sudah dipotong. Suami masih lagi ditahan di hospital sebab takut ada jangkitan bakteria di ibu jari kaki pula. Keadaan dia okay, tapi ada beberapa prosedur lain lagi yang perlu dibuat selama beberapa hari sebelum dibenarkan keluar. Doktor nak pastikan semuanya betul-betul okay.

"Ingatkan dapat sambut Aidilfitri bersama suami dan anak-anak, tetapi ada dugaan lain," kata penyanyi Ashira Aziz mengenai keadaan suaminya yang merupakan anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad, 46.

Difahamkan, Bad menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki sebelah kiri akibat diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, 9 Mei lalu. Ashira ketika dihubungi memberitahu, sebelum ini satu jari kaki sebelah kiri suaminya sudah dipotong sebelum Ramadan lalu.

Dalam masa sama, penyanyi lagu 'Ombak Resah' itu turut bimbang dengan penularan Covid-19 yang semakin teruk yang mana membolehkan suaminya termasuk dalam golongan berisiko tinggi.

Klik untuk gambar besar



"Ikutkan sudah hampir seminggu tidak dapat melawat dia di hospital. Pada awal-awal dulu boleh melawat lagi, tetapi disebabkan angka kes positif Covid-19 yang semakin tinggi kami tidak dibenarkan melawat langsung.

"Suami sendiri sudah beberapa kali bertukar wad. Itulah yang dibimbangkan juga sebab dia boleh dikatakan berisiko tinggi. Memang harap sangat boleh keluar hospital lebih awal," ujarnya.

Terdahulu Ashira dan Bad melangsungkan pernikahan pada 11 Mac lalu. Mereka berkenalan selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), tahun lalu.





www.myartis.com / Foto: Instagram Ashira Aziz & Bad Indigo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: