20 May 2021

BERBELAS JAM BERTARUNG NYAWA - AIN EDRUCE SELAMAT BERGELAR IBU



"Setelah berbelas jam dalam hospital, akhirnya saya bersalin. Semuanya baik di sini, rasa tak nak balik, nak stay terus. Korang rasa baby boy ke girl?" kata pelakon Ain Edruce menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instastory.

Selepas beberapa jam bertarung nyawa, akhirnya Ain selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah pusat perubatan di Selangor pada Rabu.

Menerusi status di Instagram, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, memaklumkan dia dan bayi berada dalam keadaan sihat. Ain bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kelahiran dan jantina bayi sulungnya itu.

Klik untuk gambar besar



Pada Selasa lalu, pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' ini ada berkongsi foto sedang berbaring di atas katil hospital menantikan kelahiran anak pertamanya itu.

Dalam laporan media sebelum ini, Ain yang juga seorang pengacara itu berkata dia berharap dapat bersalin secara normal dan bukan menerusi pembedahan.

Untuk makluman, Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: