21 May 2021

ELIZAD REDA BELUM REZEKI TIMANG ZURIAT: "KALAU TAK KAT SINI, ALLAH BAGI NANTI KAT SANA"



"Alhamdulillah, mengenali diri saya jarang sangat bersedih. Jadi saya tidak malu untuk berkongsi. Tiada apa yang sempurna dalam dunia, jadi dalam masa yang sama saya mahu berkongsi kebaikan.

"Kebahagiaan bukan diukur melalui zuriat, walaupun sedih untuk ditelan tetapi kebahagiaan datang bila kita terima seadanya. Memang rasa sangat dihargai, dalam masa yang sama bukan diri saya seorang sahaja berhadapan dengan ujian ini.

"Jadi ada yang berkongsi segala masalah yang dihadapi termasuk mengalami kegagalan rawatan seperti saya. Mungkin kalau Allah tak bagi zuriat kat sini, bagi nanti kat sana. Itu janji Allah. Soal rawatan memang akan buat dalam tempoh terdekat.

"Sambung IVF kembali, cuma dalam tempoh pandemik kena cari waktu yang lebih sesuai," itulah kata pelakon Siti Elizad yang tidak pernah putus asa dan sentiasa berdoa agar dikurniakan seorang cahaya mata suatu hari nanti.

Klik untuk gambar besar



Sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, Elizad menganggap ianya sebagai satu ujian dan dia reda serta sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini.

Mengalami keguguran pada tahun lalu, Elizad berkata dia turut menjalin hubungan baik dengan mereka yang senasib dengannya untuk berkongsi segala masalah.

Tidak berputus asa dan sentiasa bersikap positif, Elizad berkata dia kini juga dalam perancangan untuk memulakan kembali rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: