21 May 2021

MAWAR RASHID MINTA MAAF, JELASKAN MAKSUD: "KAK LOFA BANYAK BERJUANG UNTUK ISLAM, JANGAN PENJARAKAN"



Semua sedia maklum mengenai pasangan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sehingga ia hangat diperkatakan di media sosial.

Malah, sejak kelmarin turut dilancarkan petisyen mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan hukuman penjara. Setakat ini, petisyen tersebut mendapat sebanyak lebih 47,000 sokongan sejak ia dilancarkan.

Bagaimanapun, sudah pasti ada yang tidak menyokong petisyen tersebut antaranya pelakon Mawar Rashid yang dilihat seolah membela agar Neelofa tidak dipenjarakan. Mawar turut mengatakan Neelofa banyak berjuang untuk Islam.

Klik untuk gambar besar



Menerusi komen ditinggalkan di sebuah portal hiburan, Mawar meluahkan rasa simpati serta berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik. Namun, komen tersebut dipercayai telah dipadam selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.

"Harap-harap dapat selesaikan dengan cara baik.. sebab Kak Lofa banyak berjuang untuk Islam.. Jangan la penjarakan," tulis isteri kepada pelakon Raf Yaakob.

Mawar bagaimanapun menerusi hantaran terbaru di laman Instagram telah tampil memohon maaf dan menjelaskan komen yang ditulisnya itu tidak 'clear' sehingga menimbulkan salah faham.



Ujar Mawar, dia menghormati keputusan mahkamah dalam kes yang sedang dibicarakan ini. Namun, apabila bercakap mengenai hukuman 'penjara', ia menimbulkan rasa takut dalam dirinya.

Mengenai berjuang untuk Palestin, Mawar berkata dia tidak bermaksud seseorang boleh melanggar SOP sesuka hati. Baginya, yang salah tetap salah.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: