04 May 2021

ISU MAJLIS TAHNIK DIPANGGIL POLIS - SITI NURHALIZA & SUAMI BERI KERJASAMA PENUH



"Apa yang boleh saya kongsikan, tuan rumah (Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Jadi, biarlah mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sehingga selesai," demikian kata sumber yang memberitahu buat masa ini pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung majlis tahnik anak kedua penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Majlis yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta tiga penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain itu tular di media sosial serta dikritik netizen.

Keluarga Siti memberi kerjasama penuh terhadap siasatan polis berhubung dakwaan isu pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pada majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa yang diadakan di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, di sini, pada 26 April lalu.

Klik untuk gambar besar





Terdahulu menerusi ada laporan mengatakan pihak polis akan memanggil penganjur majlis tahnik anak kedua penyanyi itu bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum itu, Siti dalam satu kenyataan menafikan mengenai perlanggaran SOP di majlis terbabit. Terdahulu, netizen mempersoalkan isu kehadiran individu-individu terbabit ke majlis itu.

Kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka dikatakan melakukan aktiviti merentas negeri untuk hadir ke majlis berkenaan. Netizen mempersoalkan kehadiran Zulkifli dan Azhar Idrus yang dikatakan merentas negeri kerana menetap di luar Selangor dan Kuala Lumpur.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: