04 May 2021

BUAH PINGGANG ANDI BERNADEE BENGKAK, SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN BUANG BATU KARANG



Penyanyi Andi Bernadee, 29, telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengadu sakit di bahagian perut dan sekitarnya sebelum disahkan mengalami buah pinggang bengkak.

Andi bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan membuang batu karang semalam. Menurut pengurusnya, Nasir Deraman, Andi dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan sejak lebih sebulan lalu.

"Buah pinggangnya bengkak kesan daripada batu karang itu. Alhamdulillah, pembedahan menggunakan kaedah laser itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Terdahulu, Andi hadir ke satu acara pelancaran produk kerana sudah berjanji dengan penganjur walaupun menahan kesakitan sejak awal pagi Sabtu. Dia terus dibawa ke klinik bagi mengambil suntikan tahan sakit.

Klik untuk gambar besar





"Andi perlu berehat pada satu jangka masa dan kami memohon maaf atas kesulitan berkaitan kerja disebabkan hal ini. Doakan dia cepat sembuh dan dapat kembali bekerja secepat mungkin," katanya.

Kelmarin, penyanyi lagu 'Donde' itu berkongsi gambar serta videonya terbaring di katil hospital dengan memperlihatkan tangan yang dicucuk jarum.

Difahamkan, sudah kali ketiga dia menahan sakit teruk disebabkan batu karang itu. Bagaimanapun, penyanyi terbabit tidak berkesempatan membuat pemeriksaan rapi kerana terlalu sibuk bekerja.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: