04 May 2021

VIDEO TULAR - LAN PET PET BELASAH PENGHANTAR MAKANAN?



Di media sosial telah tular rakaman video sejak semalam dipercayai pelawak Lan Pet Pet dimana dia didakwa bergaduh dengan seorang lelaki.

Menerusi video berdurasi 24 saat yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, mendakwa ahli kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap seorang penghantar makanan.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan Lan merangkul dan memukul kepala lelaki tersebut sambil ditenangkan oleh beberapa orang awam lain.

Turut kedengaran pelawak itu memberi amaran kepada lelaki tersebut berbunyi,’hang nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana lokasi kejadian itu berlaku. Pengguna Facebook yang berkongsikan video tersebut turut menulis tidak dapat dipastikan punca kejadian berlaku pergaduhan berkenaan.

Terdahulu, Lan mencetuskan kegemparan ramai apabila pernah didakwa kerana menumbuk muka dan menendang seorang warga emas yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan pada 2 tahun lalu.

Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: