30 May 2021

ISU 'PERTIKAI' SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN - IBU NEELOFA MOHON MAAF, BUAT LAPORAN POLIS



Berhubung seorang kakitangan menyalahguna akaun Instagram (IG) bagi tujuan peribadi, ibu selebriti popular Noor Neelofa bernama Datin Noor Kartini Noor Mohamed telah membuat laporan polis.

Menjelaskannya menerusi kenyataan media ringkas, Noor Kartini berkata, dia kesal dengan perkara yang berlaku dan akan memastikan tidak berulang.

"Saya ingin menjelaskan hantaran berhubung sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dalam IG Story yang tersebar. Ia berlaku atas kecuaian salah seorang kakitangan yang mempunyai akses membuka laman IG saya.

Klik untuk gambar besar



"Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini. Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya," ujarnya kata Ryzal.

Justeru, Noor Kartini telah tampil memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga diraja ekoran salah faham berkenaan: "Kepada Istana Negeri Johor terutamanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi," katanya.



Terdahulu, tular tangkap layar IG Story Noor Kartini dalam laman sosial yang rata-rata kesal dengan perkataan kasar yang digunakan. Bagaimanapun, hantaran dalam IG Story itu dipadam selepas beberapa minit selepas dimuat naik, petang ini.

Hantaran berkenaan memaparkan Noor Kartini 'mempertikaikan' sistem tersebut dan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu berkuat kuasa sehingga 1 Ogos depan.

"Kalau prihatin, suruhlah Agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!" tulisnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: