30 May 2021

RYZAL & MAREAM BERTEMU PERSATUAN ANAK BORNEO, MOHON MAAF



Personaliti media sosial yang popular dengan saluran Duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan Maryam atau You Narae akur dengan permintaan NGO Pertubuhan Kaum Dayak apabila diminta menuntut permohonan maaf terbuka kepada penduduk negeri Sarawak.

Pada Sabtu lalu, pasangan suami isteri itu telah tampil bersemuka. Ryzal bersama Maryam bertemu dengan wakil daripada Persatuan Anak Borneo Semenanjung (PABS) untuk membuat permohonan maaf terbuka yang disiarkan secara langsung di Facebook persatuan tersebut.

Selain permintaan maaf secara terbuka, Ryzal juga terbuka untuk berunding mengenai penyelesaian terbaik bagi meleraikan kemelut yang melanda termasuk permohonan maaf mengikut adat istiadat orang Iban.

Klik untuk gambar besar



"Pada hari itu kami ke stesen televisyen untuk sebuah rakaman program, Maryam akan pakai pakaian tradisional setiap kaum. Pada waktu itu, sejujurnya saya nampak cantik cuma ketka merakamkan video terbabit saya melebihi had gurauan.

"Saya hanya bergurau dengan Maryam, saya minta maaf lagi sekali. Anda mengguris hati atau menghina kaum Iban saya minta maaf. Kalau perlu minta maaf orang Sarawak, saya akan ke sana. Saya hidup berbilang kaum, saya menghormati setiap budaya. Ini kali pertama kesilapan saya membuat gurauan begitu.

"Memang patut saya dihukum orang ramai dan terima kecaman. Ini memberi pengajaran dan akan lebih berhati-hati tidak bergurau tentang makanan, bahasa dan apa juga khazanah negara kita. Saya menerima apa sahaja bentuk penyelesaian, jika perlu diselesaikan mengikut adat istiadat Sarawak, saya terima. Saya sanggup," kata Ryzal.



Dalam pada itu, Ryzal mengakui sudah berhubung dengan pegawai penyiasat Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Miri berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya bagi memberikan kerjasama.

Kes siasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Terdahulu, tular sepotong video yang dirakamkan Ryzal sendiri mengulas mengenai pakaian Ngepan Iban yang dipakai isterinya untuk satu program televisyen. Dalam video terbabit, Ryzal menyamakan pakaian terbabit seperti kain buruk, duit syiling dan alas televisyen yang kemudiannya mencetuskan kemarahan ramai.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: