30 May 2021

SUAMI TAK KISAH ELIZABETH TAN TERIMA KOMEN NAKAL - PEMINAT PUJI SECOCOK BERSAMA



Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy itu akhirnya ada memuat naik sebuah video bersama suaminya, Ding Siew Jim.

Sebelum ini, Lizzy telah 'meremukkan' hati peminat terutamanya lelaki apabila dia mengumumkan telah bergelar isteri orang sekitar pertengahan Mac yang lalu. Sejak berkahwin, penyanyi lagu 'Knock Knock' ini jarang sekali berkongsikan fotonya bersama suami di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, Lizzy dan suami beramah mesra bersama peminat dengan menjawab soalan-soalan terpilih yang diajukan netizen.

Klik untuk gambar besar



Antara soalan yang dijawab Lizzy dalam sesi Instagram Live itu adalah pekerjaan suaminya yang bekerja sebagai doktor perubatan dan mereka berdua belum lagi tinggal sebumbung meskipun sudah lebih dua bulan mendirikan rumah tangga.

Namun, yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia diajukan soalan mengenai reaksi suami Lizzy apabila isterinya kerap kali menerima mesej dan komen nakal daripada peminat di setiap hantaran media sosialnya.



Ujar Jim, dia tidak kisah langsung mengenai perkara itu, begitu juga dengan Lizzy. Manakala dari soal rezeki zuriat, pasangan ini memaklumkan bahawa belum tiba masanya lagi untuk mereka berdua menimang cahaya mata.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat memuji keserasian Lizzy dan Jim dan turut mendoakan agar perkahwinan mereka berdua terus diberkati dan bahagia sehingga hujung nyawa.

Untuk makluman, Elizabeth Tan dan Ding Siew Jim telah melangsungkan pernikahan pada tanggal 20 Mac 2021 secara tertutup dan tanpa pengetahuan peminat dan media.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: