21 May 2021

KETIKA DI MAHKAMAH - PEGUAM PERSOAL LAYANAN ISTIMEWA DITERIMA NEELOFA & SUAMI



"Walaubagaimanapun, semuanya berubah pagi kelmarin apabila kedua tertuduh dibenarkan memasuki premis dengan eksklusif, melebihi berbanding ahli peguam sendiri. Kami mempersoalkan kedudukan tertuduh tersebut di bawah undang-undang sehingga mereka dibenarkan mendapat layanan istimewa itu.

"Menjadi tanggungjawab kami sebagai pengamal undang-undang untuk memastikan prinsip undang-undang sijaga dan tidak dimanipulasi oleh individu yang tidak patut diberi kepentingan," itulah kata pengadu yang mempersoalkan layanan istimewa yang diberikan kepada selebriti popular, Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz semasa mereka muncul di mahkamah kelmarin.

Selepas pelbagai isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan dakwaan tidak memakai pelitup muka, terbaru timbul pula satu cerita baru apabila peguam-peguam membuat aduan pada Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan mengenai layanan istimewa pasangan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Aduan itu dikatakan mempersoalkan mengenai kenderaan pasangan itu yang dibenarkan memasuki ke dalam perkarangan mahkamah sementara individu lain perlu parkir di seberang jalan sebelum berjalan masuk sendiri ke dalam.

Menurut laporan New Strait Times, kenderaan yang dibenarkan parkir dalam premis mahkamah ialah milik staf, peguam, polis, pendakwaraya dan pengecualian kepada orang awam (merupakan kurang upaya).



Malah pengadu turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam yang dimarahi oleh pegawai keselamatan apabila mereka meminta untuk memasuki perkarangan mahkamah. Namun mereka patuh kepadanya bagi menghormati integriti institusi tersebut.

Tambah pengadu lagi, perlakuan ini bukan sahaja akan dipandang negatif oleh orang awam malah mahkamah juga akan terpalit sama dengan pandangan yang buruk.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: