21 May 2021

NABILA HUDA TAMAT KUARANTIN: "BERHENTI HANTAR BROADCAST MEREPEK UNTUK MENAKUTKAN...!"



Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, pelakon Nabila Huda telah meluahkan rasa syukur apabila kuarantin kendiri yang dijalaninya selama 10 hari selesai dan dia akhirnya bebas dari jangkitan Covid-19. Pun begitu, anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search itu masih mengambil langkah berjaga-jaga dan berkongsi ubat tambahn yang diamalkan sepanjang kuarantin sehingga kini.

"Alhamdulillah, selesai sudah self quarantine dan self monitor at home selama 10 hari.. Tapi Abil tau dia masih lagi ada dalam badan and kena terus fight untuk hilangkan. Ni Abil share jenis vitamins, oils, suppliment yang Abil amik untuk korang yang tengah struggle untuk melawan Covid dalam badan.

"Yang mana korang rasa mahal nak beli, tak perlu ok! Macam EO tu agak mahal. Tapi dia worth to buy. I wouldn't mind to spend janji sihat. Tapi tak perlu kalau tak mampu. Pakai vicks je pun boleh.

"Bagi siapa yang tak di jangkiti pun, Abil cadangkan korang boleh mula untuk amik suppliment ni jugak ok. Dah boleh tukar minum air sejuk kepada air panas with lemon," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Klik untuk gambar besar



Menerusi entri tersebut, dia berkongsi foto yang menunjukkan semua jenis ubat dan vitamin yang diamalkan. Menurut Nabila, dalam keadaan serta situasai pandemic ini, semua perlu berjaga-jaga kerana Covid-19 mudah dijangkitin.

"Dalam keadaan kite skarang ni, kite boleh dijangkiti atas kecuaian kite atau orang lain. Trust me,you never know. Keadaan negara kite dah semakin chaos and our frontliners dah penat. It's about time utk kite jaga diri kite.

"Jangan malu untuk share dengan orang keliling about your experience, symptoms or anything yang korang tahu supaya siapa yang belum dijangkiti, mereka dah dalam keadaan bersedia.



"Kite bagi awareness supaya nanti dorang tak la panic sangat. Avoid makan luar. Belajar untuk masak sendiri sebab kite tau apa yang kite masak,bahan apa yang kite guna kan dan ia dijamin bersih," ujar Nabila.

Nabila dalam masa sama turut berkongsi pengalamannya sebagai pesakit Covid-19. Nabila mengakui emosinya tidak stabil tetapi perlu kuat melawan. Akhir kata, Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong serta memberinya kata-kata semangat ketika melawan penyakit tersebut.

"Pada positive patient yang takde symptoms, Abil suggest if mampu untuk self monitor at home, buat lah ok.. Percayalah, korang boleh survive! Paranoid and emotion unstable itu adalah normal..



"Dan tolong lah, berhenti hantar broadcast yang merepek untuk menakutkan orang on WhatsApp! Abil doa kan korang dan keluarga korang dijauhi dari penyakit gila ni.. Yang mana masih lagi tengah fight, Abil doakan korang cepat sembuh.. You can do this!

"Yang mana masih tak percaya dengan covid ni, Abil cadangkan korang pergi serah diri kat CAC, stay dengan positive patient or mingle around with them sampai dijangkiti, and baru korang tau, real tak real covid ni..Terima kasih atas doa korang sepanjang Abil sakit.

"All the wishes, positive comments. It helps! Thank you so much. Korang bukan saja kawan, followers dan peminat. You guys are my family and I love you guys so much.. (ala asal rasa macam sebak pulak eh.. eee emo pulak. Haha)," tulis Nabila lagi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: