07 May 2021

KHALIS SEMAKIN PULIH - TAJUL DEDAH ABANGNYA KENA SANTAU SEJAK JADI ARTIS



Mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatan Khalis, penyanyi Tajul Ariff memberitahu abangnya itu kini semakin pulih. Tajul dalam masa sama turut mendedahkan abangnya itu kini menderita penyakit misteri atau terkena ilmu hitam.

Menurut Tajul, dia dan keluarga sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengubati penyakit itu namun sehingga sekarang masih tidak membuahkan hasil.

"Alhamdulillah, keadaannya dah semakin okay dari sebelum ini. Sebelum ni dia terbaring, tak boleh bercakap, sekarang ni dah boleh la nak bagi dia minum air sikit dan ajak berborak.

"Kalau orang tengok daripada gambar pun dah boleh tahu sakit apa, cuma ada yang tak percaya atau menidakkan benda macam ni. Memang betul dia kena santau, dari mula-mula jadi artis lagi," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Khalis yang merupakan vokalis kumpulan The Real Spin itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban, Negeri Sembilan, selepas keadaan kesihatannya merosot.

Dalam pada itu, Tajul menyifatkan abangnya seorang yang baik dan tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak. Katanya, Khalis mula jatuh sakit sejak awal menjadi artis beberapa tahun lalu.

"Kami ada bawa dia pergi rawatan Islam, memang on the spot terus okay, boleh bangun dan berjalan macam dulu. Tapi dua hari selepas itu sakit dia tu datang balik," tuturnya.

 


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: