06 May 2021

LAN PET PET TAMPIL JELASKAN: "SAYA TEGUR PAKAI HANDPHONE MASA BAWA MOTOSIKAL... TAPI PROVOKE PULA"



"Saya menegurnya. Tindakan dia menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berbahaya. Bukan saja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain. Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan.

Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang," demikianlah perjelasan pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet yang akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai satu isu yang tular di media sosial di mana tindakannya memukul seorang penghantar makanan, baru-baru ini.

Jelas Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Bin Ahmad, dia pada ketika itu memandu kereta di Jalan Ampang telah terlihat lelaki terbabit sedang menunggang motosikal di tengah jalan sambil menggunakan telefon bimbit.

Klik untuk gambar besar



Memikirkan perbuatan penghantar makanan terbabit yang boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain, dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan lelaki tersebut.

Menganggap tindakannya yang menjadi tular pada tempoh hari hanyalah sebagai perbuatan mempertahankan diri, Lan berkata dia bukanlah ingin tunjuk samseng seperti yang diperkatakan orang ramai.



Dia juga meluahkan rasa kesal dengan penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam oleh seorang wanita sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

"Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular. Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah..," ujar anggota kumpulan lawak Senario itu dimana dia juga difahamkan telah membuat laporan polis berhubung dengan kes tersebut.

Terdahulu, video berdurasi 24 saat yang memaparkan Lan sedang memukul penghantar makanan tersebut telah menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: