06 May 2021

ALAMI RADANG KULIT SERIUS - ARIL MASUK HOSPITAL, DIASINGKAN BIMBANG JANGKITI ORANG LAIN



Akibat masalah radang pada kulit yang agak serius yang dialami, penyanyi dan pengacara Aril Pilus terpaksa tidur berdiri dan disebabkan itu dia telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini dan perlu diasingkan kerana dibimbangi menjangkiti orang lain.

"Sebenarnya saya ada kayap, tapi tak aktif. Mungkin disebabkan sepanjang Ramadan ini makan tak menentu, lesu dan kurang minum air, jadi ia aktif semula. Tapi, tak naik ruam.

"Nak dijadikan cerita, pada 28 April lalu saya berasa sakit otot. Saya ingat ada masalah urat. Jadi saya panggil pihak fisio datang rumah untuk buat sesi regangan. Lagi pula saya baru mula aktif berjogging. Saya menjangka, mungkin ia perkara biasa. Tiga hari selepas itu, saya jogging macam biasa. Keesokan harinya, naik ruam dan makin teruk.

"Saya ke klinik dan diberitahu alahan biasa. Tapi, saya tak tahan dan terus pergi hospital jumpa pakar. Hasil pemeriksaan, doktor cakap ia kayap dan saya perlu diasingkan segera bagi elakkan jangkitan pada orang lain. Memang sakit, sampai tak boleh tidur dan terpaksa tidur berdiri," jelas Aril yang dipetik kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 36, berkata radang itu di bahagian belakang pinggang hingga ke bahagian atas peha kanan, bahagian bawah perut dan di depan paha kanan.

"Malam tadi, saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius. Radang ni boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. Jadi, terpaksalah duduk di wad seorang diri dalam lima hingga tujuh hari.

"Senang cerita, radang ni kena di bahagian pinggang, perut dan punggung. Insya-Allah, doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapatlah saya sambut hari raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta minggu depan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: