06 May 2021

RIDHUAN TEE: "MASALAH DICIPTA SENDIRI... USTAZ MANA RUJUK PAHALA BERGANDA-GANDA INI?



"Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut. Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.

"Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda ganda, menggunakan nama ustaz," demikian ujar pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee yang membidas kenyataan seorang selebriti ternama dimana beliau memaklumkan sedang kumpul pahala percuma pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

Ia berikutan selepas majlis yang diadakan selebriti tersebut baru-baru ini dikecam kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP). Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataannya seolah tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Dr. Ridhuan turut meminta supaya budaya mempergunakan nama 'ustaz' demi menyembunyikan kesalahan dilakukan sendiri perlu dihentikan. Malah, katanya lagi 'dugaan' yang dimaksudkan oleh selebriti itu juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri.

"Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

"Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut. Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda ganda, menggunakan nama ustaz," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pendakwah itu juga turut mengulas mengenai kehadiran yang tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana bimbang boleh memberi mudarat kepada orang lain apatah lagi individu tersebut tetap melangsungkan majlis terbabit walaupun hukumnya sunat.

"Contohnya antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan? Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.

"Selain itu, contoh lain antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan? Sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan berbanding jemputan lain.

"Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan, maka boleh sahaja tidak hadir," tulisnya lagi.

Diakhir perkongsian itu, Dr. Ridhuan sekali lagi mempersoalkan ‘ustaz’ mana yang dirujuk oleh selebriti berkenaan sehingga boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: