06 May 2021

"NEELOFA DENGAN SUAMI BELI KARPET YANG SEMUANYA BERHARGA RM10,000" - PEKERJA 'NAEEM CARPET'



"Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

"Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung," itulah kata seorang pekerja kedai dikenali sebagai Naeem Carpet bernama Hussein.

Hussein berkata memang selebriti terkenal Noor Neelofa datang bersama suaminya, PU Riz dan membeli permaidani di premis mereka dan membeli beberapa karpet termasuk Iran yang berkualiti tinggi.

Neelofa yang didakwa rentas negeri ke Nilai 3 pada Ahad lalu itu didakwa membelanjakan RM10,000 di sebuah premis menjual permaidani.

Dalam pada itu, Hussein berkata susulan tindakan Neelofa telah menyebabkan nama 'Naeem Carpet' dikenali di seluruh Malaysia.

"Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan," ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Neelofa dansuami akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: