06 May 2021

ISU 'CEROBOH' - ALIFF SYUKRI AKUI SUDAH HUBUNGI A. AIDA MINTA KEBENARAN TAPI TAK DIJAWAB



"Kakitangan tu kata boleh, tapi mungkin ada salah faham, boleh tu maksudnya boleh shooting tapi tidak boleh masuk di rumah. Saya ada empat, lima kali hubungi dia untuk maklumkan tapi tak dapat, tiba-tiba dah viral pula.

"Ya, kami ada shoot di tepi beranda, kami tak ceroboh rumah pun dan memang tak masuk dalam rumah, tak guna elektrik, tak masuk tandas pun. Kalau nak kata ceroboh, kitorang ada 20 orang team kot, bukan seorang, tak manislah kalau kata kami menceroboh.

"Saya nak jelaskan tempat penggambaran saya tu 99 peratus Homestay Angsana Resort, lima peratus di rumah flat dan 0.1 peratus sahaja dilakukan di rumah Datuk A. Aida," ujar usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang tampil menjelaskan perkara sebenar.

Klik untuk gambar besar



Aliff sebelum ini dituduh menceroboh rumah persinggahan penerbit drama Datuk A. Aida untuk penggambaran video muzik (MV) lagu rayanya 'Lala Raya'.

Menurut Aliff, 34, terdapat salah faham antara pihaknya dengan penerbit itu berikutan dia sudah pun mendapatkan kebenaran daripada kakitangan pekerja di homestay berkenaan sebelum memulakan penggambaran.

Tambahnya, dia juga ada beberapa kali menghubungi A. Aida bagi memaklumkan perkara itu namun panggilannya tidak dijawab. Dalam pada itu, Aliff memohon maaf sekiranya perbuatan tersebut membuatkan pihak A. Aida tergores hati atas salah faham yang berlaku.



Dia juga sedia untuk membayar ganti rugi sekiranya ada sebarang kerugian yang ditanggung oleh pihak penerbit drama tersebut dan berharap perkara ini tidak dibesarkan.

"Saya akui kesilapan dan saya ingin memohon maaf mungkin ada berlaku misscomunication antara wakil saya dan wakil penerbit tersebut. Sekiranya dengan salah faham yang berlaku ni ada melibatkan kerugian yang berlaku, saya bersedia untuk membuat ganti rugi.



"Saya pun tak sangka benda ni berlaku, saya mohon maaf kepada A.Aida kalau rasa kecewa dan mohon benda ni tidak dibesar-besarkan," tuturnya.

Pada Isnin lalu, A. Aida meluahkan rasa terkejut ketika menonton muzik video hari raya Aliff Syukri yang menggunakan lokasi rumah persinggahannya iaitu di Tuah D'Manggis di Janda Baik, Pahang.

A. Aida mendakwa ahli perniagaan itu menceroboh dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut tanpa meminta izin daripadanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: