24 May 2021

MAJLIS NIKAH - KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE REDA KENA TANGGUH



"Ikut keadaan sekarang memang kena tangguh dahulu. Persiapan dan bayaran untuk segala persiapan majlis memang sudah selesai. Namun daripada teruskan dalam keadaan ini, baik kami berdua tangguh saja.

"Saya dan Uqasha juga reda," kata pelakon Kamal Adli yang memberitahu dia dan tunangnya, pelakon Uqasha Senrose reda apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mengakui persiapan majlis perkahwinan mereka sudah hampir selesai, Kamal memberitahu buat masa ini belum lagi mempunyai perancangan mengenai tarikh baru dan semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan PKP akan berakhir awal bulan depan.

"Tidak tahu berapa lama kami akan tangguh majlis ini. Ikutkan PKP akan berakhir 6 Jun. Mungkin ada pengumuman berbeza. Saya juga tidak tahu," ujarnya lagi.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha baru sahaja mengikat tali pertunangan pada April lalu dan mendedahkan melangsungkan perkahwinan di pusat peranginan tanah tinggi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: