31 May 2021

PENGURUS MEDIA SOSIAL IBU NEELOFA AKUI SALAH, MOHON MAAF - NETIZEN DAKWA DIA JADI 'KAMBING HITAM'



Ibu selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini hangat diperkatakan semalam selepas perkongsian di InstaStory yang dipercayai mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tampil menjelaskan situasi sebenar perkara itu, Noor Kartini berkata ianya merupakan kecuaian salah seorang pekerja yang menguruskan media sosialnya itu.

Terkini, seorang wanita merupakan pengurus media sosial Noor Kartini dikenali Zulshafiqah Zulkafli telah tampil memohon maaf berhubung perkongsian tular itu menerusi laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Zulshafiqah mengakui tersilap memuat naik perkongsian berkenaan serta menjelaskan penulisan itu bukanlah ditulis olehnya mahupun Noor Kartini tapi diambil daripada sumber lain sebagai rujukan sahaja.

"Dengan ini, saya Zulshafiqah Zulkafli, Pengurus Media Sosial bagi akaun Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyatakan permohonan maaf saya kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh Kerabat DiRaja Johor, serta Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan seluruh keluarga.

"Saya dengan ini bahawasanya ingin menyatakan permohonan maaf saya berkenaan isu yang tular di media sosial hari ini (semalam) berhubung tangkap layar di media sosial Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed. Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Saya adalah Pengurus Media Sosial akaun Instagram Datin Noor Kartini dan tersilap memuat naik tangkap layar.



"Tangkap layar itu adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya. Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin Noor Kartini sendiri," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zulshafiqah menjelaskan bahawa dia sudah memberi kenyataan dan kerjasama kepada pihak polis yang melakukan siasatan: "Saya juga sudah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu menyelesaikan siasatan berhubung isu yang tular ini.

"Saya juga dengan rendah diri memohon maaf kepada Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta keluarga di atas kecuaian saya yang menimbulkan masalah kepada Datin Noor Kartini sekeluarga. Dengan ini saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku," jelasnya lagi.



Bagaimanapun, ada segelintir netizen meragui kesahihan cerita wanita itu serta hairan kerana hasil tinjauan mendapati wanita berkenaan dilihat tidak seperti memegang jawatan sebagai pengurus media sosial. Tidak kurang juga ada netizen mendakwa wanita tersebut menjadi 'kambing hitam' serta menerima bayaran bagi menutup kesalahan.

Hasil tinjauan di akaun Instagram Zulshafiqah, mendapati wanita berkenaan bukanlah pengguna Instagram yang aktif memandangkan hantaran terbaru yang dimuat naiknya di platform media sosial itu pada 22 Mei lalu. Sebelum itu, Zulshafiqah juga tidak aktif memuat naik hantaran di 'feed' Instagram dan kali terakhir dibuatnya pada 2 Ogos 2018.

Terdahulu, Noor Kartini berkata dia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya. Kartini turut memohon maaf kepada Sultan Johor di atas kecuaian yang dilakukan oleh pekerjanya itu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: