31 May 2021

TUDUNG NABILA RAZALI DITEGUR SINGKAT, SENTENG



Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menerusi laman Instagram baru-baru ini telah memuat naik gambarnya memakai busana rona biru. Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan penampilan Nabila.

Pamakaian tudung Nabila turut ditegur dimana rata-rata netizen mengatakan ia semakin singkat dan senteng selain meminta untuk melabuhkannya. Kata peminat lagi, Nabila lebih cantik jika melabuhkan tudung dipakainya.

Bergelar selebriti bukanlah mudah apabila setiap tindak tanduk dan cara pemakaian pasti akan menjadi perhatian ramai. Jika ada serba tak kena dimata netizen, pasti akan dikritik.

Apapun, mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: