08 May 2021

PILIH YUNA PENYANYI NO SATU NEGARA, BUKANNYA SITI NURHALIZA - HATTA DOLMAT DIKECAM, 'LALANG'



Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat baru-baru ini menerusi Twitter miliknya telah tampil mengatakan Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak lagi sebagai penyanyi nombor satu negara.

Kata Hatta, gelaran tersebut sepatutnya diberikan kepada Yuna Zarai, bukannya Siti. Dalam entri yang dimuat naik di Twitter, dia membandingkan Siti dengan Yuna yang kini terkenal di mata antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, warga maya merasakan Hatta seperti 'kacang lupakan kulit' kerana sebelum ini dia pernah memuji penyanyi itu sebagai penyanyi bernombor negara.

"Yuna terpampang di Billboard Times Square, New York. Sementara ramai rakyat Malaysia di sini kata penyanyi nombor satu negara ialah.. Saya rasa penyanyi nombor satu bukan dia..tapi..," tulisnya di ruangan Twitter.

Klik untuk gambar besar



Kata netizen, Siti yang kini terpalit kontroversi tidak mematuhi SOP ketika penganjuran majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa seolah-olah dinafikan segala sumbangannya dalam industri hiburan negara.

"Masa dirimu tengah harum, semua pakat kerumum, himpit. Tumpang selagi boleh. Ketika dirimu dihimpit isu, dikecam keji, masing-masing dah tunjuk perangai..," ujar seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Siti telah membuat permohonan maaf dan telah menafikan segala dakwaan berkaitan rentas negeri, namun dia terus dikecam netizen apabila telah memuat naik status Insta Story berbaur sindiran di mana dia merasa bersyukur kerana dapat mengumpul banyak pahala kerana dikecam netizen akibat daripada tindakannya itu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: