"Alhamdulillah #Itsover #NadiaBrian," itulah tulis pelakon Nadia Brian yang mengakui bahawa dirinya berasa sangat bersyukur kerana urusan penceraiannya kini sudah selesai sepenuhnya.
Mahkamah Syariah Kuala Lumpur telah mengesahkan penceraian Nadia dengan bekas suaminya, Muizz Nasruddin yang dilafazkan di luar mahkamah pada 2 April yang lalu.
Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, berkata bahawa dia ingin menutup kisah hitam yang berlaku dan 'move on' dengan kehidupan baru yang lebih baik.
Pada masa yang sama, Nadia juga berharap agar masing-masing yang terkesan dengan episod duka itu dapat meneruskan kehidupan masing-masing dan tidak perlu mengungkit lagi.
Klik untuk gambar besar
"Semua pasangan yang berkahwin memang nak perhubungan itu kekal sampai bila-bila, tapi apabila berakhir dengan penceraian, kena terima juga ketentuan tu. Apa boleh dikatakan, masing-masing ada kesalahan. Jadi apa yang berlaku ini kami boleh muhasabah diri dalam meneruskan kehidupan selepas ini," katanya.
Nadia yang namanya semakin meningkat naik selepas membintangi drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berkata lagi bahawa dia sama sekali tidak menyimpan dendam dengan bekas suaminya, Muizz.
Mengimbas kembali, rumah tangga antara Nadia dan Muizz dikesan mempunyai masalah sejak Oktober tahun lalu. Mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019, pasangan itu akhirnya menemui titik noktah dalam perkahwinan hanya selepas setahun bernikah.
________________________
No comments:
Post a Comment