16 May 2021

PULANG KAMPUNG, DIKECAM MERENTAS NEGERI - MASYA MASYITAH MOHON MAAF, TAMPIL JELASKAN



"Ketika pergi ke balai polis untuk mendapat surat perlepasan kami dilayan sama rata dan perlu beratur panjang. Ketika tiba giliran, mak memberikan segala dokumen untuk membolehkannya balik Kulim. Malah mak turut bertanyakan sama ada saya boleh ikut balik sekali atau tidak, dan jawapan yang diberikan polis adalah boleh.

"Malah ayah juga ada beritahu yang had satu kereta adalah tiga orang," itulah perjelasan penyanyi Masya Masyitah selepas menerima kritikan dan kecaman daripada warga maya kerana didakwa telah merentas negeri untuk pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kulim, Kedah.

Jelas Masya, dia mendapat 'lampu hijau' daripada pihak berkuasa untuk pulang ke kampung atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh. Ujarnya, dia mendapat pelepasan tersebut apabila permohonan rentas negeri itu dibuat ibunya di mana secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut hari lebaran bersama keluarganya di Kulim selepas terpisah hampir setahun berikutan perlaksanaan PKP oleh kerajaan sejak tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Kata Masya lagi, tiada istilah orang kayangan sehingga dia dapat pulang ke kampung bersama ibunya untuk Aidilfitri kali ini. Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada netizen sekiranya perkongsiannya itu telah sedikit sebanyak mengguris hati dan perasaan mereka.

Masya turut mengakui ahli keluarganya juga turut menerima kecaman hebat termasuklah ibunya sehingga ada yang mendakwa bondanya itu tergamak meninggalkan suami di kampung kerana mahu mengikut anak mengejar populariti dan dunia glamor.

"Saya ingin jelaskan mak memang tak izinkan saya berada di Kuala Lumpur seorang diri. Kami memang tak pernah berpisah sampaikan ayah sendiri beri izin untuk mak jaga saya di Kuala Lumpur..," ujarnya mengakhiri bicara.










www.myartis.com / Foto: Harian Instagram Masya Masyitah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: