"Isteri saya dah mulakan tambahan dos ubat untuk kitaran (cycle) keempat, kelima dan keenam. Kitaran keempat dibuat pada 5 Mei lalu. Keadaannya pada hari pertama okay. Hari kedua dia dah mula lemah dan seterusnya sampailah semalam.
"Dia murung kerana mulutnya iaitu bahagian lidah dan tekak penuh ulser sehinggakan dia tak boleh minum apatah lagi makan nasi dan apa sahaja," kata penyanyi Nizam Laksamana, 53, apabila dia terpaksa mengejarkan isterinya, Salwati Zulkifli, 46, ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam akibat kemurungan.
Nizam yang popular dengan lagu 'Gugurnya Bunga Cinta' itu berkata, isterinya yang kini menjalani rawatan kemoterapi akibat kanser payudara tahap awal, berkeadaan demikian akibat masalah ulser mulut. Menurut Nizam, isterinya sukar untuk makan dan minum kerana berasa sakit.
"Saya paksa juga dia makan dan hanya makan sikit. Kalau makan bubur pun dua tiga sudu. Jadi zat dalam badan berkurangan buatkan dia jadi lemah.
"Dia tak boleh bangun, tak boleh jalan lama dan apabila duduk dan baring pun terasa penat. Melihatnya dah tak larat sangat, saya pun ajak dia ke hospital.
"Kami terus ke unit kecemasan kerana doktor pesan, sekiranya isteri ada masalah, demam batuk atau sebagainya, tidak boleh ambil ubat di sebarang klinik atau hospital dan mesti kena pergi ke unit kecemasan HKL," jelasnya.
Susulan itu, Salwati dimasukkan ke Zon Kuning (pemerhatian) dan dimasukkan air dan antibiotik kerana kurang air dalam badan. Dalam masa sama, Nizam berkata, doktor tidak mahu proses kemoterapi ditunda dan menahan isterinya di wad semalam.
Klik untuk gambar besar
BARANGAN DAPUR MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH TANPA PERLU BERATUR PANJANG DI PUSAT MEMBELI BELAH.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
TERKINI... JUALAN MURAH BARANGAN DAPUR JENAMA TEFAL YANG TAK MELEKAT DAN ANTI CALAR. JOM SERIKAN AIDILFITRI..!
"Doktor ambil darah dan dapati sel darah putih sangat kurang. Ini kali kedua sel darah putihnya kurang. Kali pertama masa nak mulakan kemoterapi keempat. Tiga hari sebelum itu, doktor dapati sel darah putihnya kurang dan bagi vitamin. Pada 5 Mei, kemoterapi tetap dibuat kerana doktor tak nak lambatkan kemoterapi dia.
"Kalau lambatkan bermakna nanti ubat yang dirancang nak diberikan tiga minggu sekali tiada. Kalau ditambah lagi satu minggu tak buat kemoterapi bermakna ada kemungkinan sel kanser akan aktif semula. Sekarang nak masuk wad agak susah kerana kena buat ujian Covid-19 dan juga kena tunggu ujian darah. Kebetulan semalam di unit kecemasan agak huru hara kerana ramai pesakit.
"Ada juga yang positif Covid-19. Situasi itu amat berbahaya kepada isteri. Dia dah tiada lagi sistem pertahanan diri. Dia kena jalani kuarantin selepas ini termasuk di rumah. Anak-anak pun tak boleh bergaul sangat dengan ibu mereka. Kalau dari luar mereka terus kena mandi," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Nizam yang merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu juga keberatan menerima tetamu di rumah selepas ini untuk mengelak isterinya terkena jangkitan penyakit.
"Wad dia juga diasingkan kerana sangat mudah terdedah kepada jangkitan. Dijangka akan ditahan selama empat atau lima hari sehingga dia sembuh. Kebetulan doktor periksa suhu badan isteri dan mendapati agak tinggi iaitu bacaan 38. Rupanya dia sendiri tak tahu dia demam.
"Begitu juga saya. Doktor kata kalau dibiarkan agak lama bimbang akan menjangkiti bahagian badan lain. Isteri perlu betul-betul jaga kesihatan dan tak boleh demam," akhirinya yang turut meminta semua pihak mendoakan kesembuhan isterinya.
________________________
No comments:
Post a Comment