23 May 2021

SAH BERCERAI DENGAN PERSONALITI TV3, MARSILA HASSAN - FAZLI RADIUS ONE TAK TOLAK JODOH



Pemilik produksi Radius One, Fazli Baharom yang merupakan rakan kongsi Shahrulezad Mohameddin ini memaklumkan, dia dan isterinya iaitu personaliti TV3, Marsila Hassan sah bercerai di Mahkamah Syariah Johor Bahru, jam 12 tengahari hari ini.

"Tipulah kalau saya tak sedih. Orang kata dah kali kedua berumah tangga tapi sekali lagi menemui kegagalan. Kami bercerai secara baik dengan talak satu atas persetujuan bersama. Saya tiba di Johor Bahru malam tadi, manakala Marsila memandu sendiri dari Kuala Lumpur jam 4 pagi.

"Tiada apa-apa tuntutan daripada bekas isteri. Kami berbincang secara baik dan saya beri saguhati kepadanya. Punca penceraian ialah kami nak susun semula hidup kami kerana ia macam tergantung dan tak tahu mana arah tuju. Jadi lebih baik kita perbaiki," jelasnya yang dipetik sebagai berkata media.

Fazli yang mengahwini Marsila pada 4 September 2015, tidak menolak kemungkinan mengahwini semula Marsila sekiranya ada jodoh.

"Manalah tahu, kalau ada jodoh kami bersama semula. Namun kalau dia bertemu jodoh dengan orang lain pun masing-masing boleh mengorak langkah ke arah yang lebih baik.

"Bermula hari ini, Marsila akan tinggal di rumah lain. Nak sedih sangat pun kita bukan berpisah mati sebaliknya ke arah kehidupan yang lebih baik," katanya.

Terdahulu Fazli pernah berkahwin dengan pelakon Wan Sharmila pada 2007 dan bercerai pada 2009: "Hubungan saya dengan Wan Sharmila pun tetap baik. Saya akui tidak serik untuk berkahwin lagi. Mungkin orang kata kenapa saya asyik pilih orang popular.

"Saya tak boleh kata tak nak sekiranya berlaku lagi. Siapa kita untuk tentukan jodoh? Kalau dah jodoh selepas ini dengan orang dalam bidang seni juga, saya reda. Namun untuk kali ketiga, mungkin juga saya nak luaskan pencarian jodoh dengan yang diluar bidang seni," ujarnya.

Menurutnya, tumpuan pada bidang seni membuatkan dia hanya berjumpa orang yang sama bidang: "Apa yang pasti, orang dalam bidang kita sahaja yang tahu kehidupan kita," tambah Fazli yang tidak mempunyai zuriat menerusi dua perkahwinan ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: