23 May 2021

MICHAEL ANG: "ORANG BEKERJA PUN BOLEH 'SELF LOCKDOWN'... TAKKAN NAK SUAP SAMPAI MASUK KUBUR!"



"Orang bekerja pun boleh amalkan 'self lockdown' iaitu pergi dan balik kerja sahaja. Bungkus makanan dari rumah, tak payah keluar makan tengah hari dan jaga SOP di pejabat! Sudah-sudahlah dengan alasan tak boleh 'lockdown' sebab kerajaan dan tak bantu dan lain-lain.

"Takkan nak suap kau orang sampai masuk kubur!" demikian kata pengarah dan penerbit, Michael Ang yang menyeru rakyat Malaysia supaya mengamalkan 'self lockdown' memandangkan jumlah kes jangkitan baharu hari ini yang mencecah 7,000 jangkitan.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Michael menjawab pertanyaan netizen di Twitter yang menyatakan bahawa tidak semua orang boleh melakukan 'self lockdown'. Pelbagai komen dilemparkan netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat Michael.

Kes jangkitan terbaru hari ini membabitkan 6,971 kes jangkitan tempatan dan lima kes import manakala kes kematian baharu untuk hari ini mencatat angka 49 kes.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, dalam hantarannya yang lain di Instagram, Michael juga meluahkan rasa simpatinya kepada barisan petugas barisan hadapan.

"Tahniah rakyat Malaysia! Tercipta satu lagi rekod dengan 6,976! Sikit lagi 7,000! Apa lagi, tunjukkan anda boleh! Terus keluar berjalan-jalan dan 'yak yak yeh' (berseronok) dan tak payah ikut prosedur operasi standard (SOP)!

"Kau orang tak tengok ke video petugas barisan hadapan cuba selamatkan kesakitan Covid-19 di pusat kuarantin? Jangan pentingkan diri sendiri! Kasihan petugas barisan hadapan. Jangan sampai mereka putus asa!" tulisnya lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: