11 May 2021

"SAYA PENYANYI NOMBOR SATU DALAM MALAYSIA" - ALIFF SYUKRI TAK KISAH KENA KECAM



"Biarlah nak kecam atau kutuk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia," itulah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang enggan mengambil pusing semua kritikan dan kutukan yang dilemparkan terhadapnya.

Tidak menyangka lagu rayanya berjudul 'Lala Raya' mendapat sambutan luar biasa sehingga mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan dalam tempoh seminggu, Aliff dalam masa sama turut mempersoalkan mereka yang mengutuknya tetap menonton muzik videonya itu.

"Jangan dengki, itu rezeki saya. Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutuk-kutuk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Klik untuk gambar besar



Kelmarin, Aliff memuat naik perkongsian meluahkan rasa syukur lagunya itu trending nombor satu di YouTube. Malah, pelakon dan pelawak Zizan Razak turut mengakui Aliff mempunyai bakat besar sebagai penyanyi. Zizan berkata vokal Aliff kini setanding penyanyi barat dan tertanya usahawan itu kini penyanyi nombor satu negara.

Aliff sebelum ini berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: