03 May 2021

TAHNIAH - SHEERA ISKANDAR SELAMAT BERGELAR ISTERI POLIS



Dengan sekali lafaz, pelakon Sheera Iskandar telah pun selamat bergelar isteri kepada anggota polis iaitu Mohd Halim Abdul Gani, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.

Klik untuk gambar besar





Pelakon drama bersiri popular 'Gerak Khas' ini mula mengenali suaminya ketika penggambaran 'Gerak Khas' pada tahun 2019.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015 namun disahkan bercerai pada hujung 2018.

Penerbit drama 'Gerak Khas', Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama terbabit, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan ini.











www.myartis.com / Sumber: Instagram Abby Abadi & Salina Saibi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: