03 May 2021

ZARINA CABAR CERAI TALAK TIGA - BEKAS SUAMI DAKWA TIDAK INGIN BEG GUCCI NAMUN DIPAKSA PAKAI



"Megah habislah tu ceraikan aku kat Insta. Bro, aku nak kau ceraikan aku talak tiga terus. Kalau kau ada t**** aku nak kau buat ye. Terima kasih, tak nak dah. Kalau boleh aku nak talak tiga terus," itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie yang mencabar bekas suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas untuk menceraikannya dengan talak tiga.

Sebelum ini, Zarina mengesahkan dia dan suaminya bercerai buat kali kedua, selepas kembali rujuk dua bulan lalu iaitu sekitar bulan Mac. Perkara itu dimaklumkan oleh Zarina menerusi Instagram selepas ramai yang bertanyakan mengenai status hubungan mereka.

Zarina turut mendedahkan dia diceraikan melalui Instagram. Dalam pada itu, Zarina turut meminta bekas suaminya itu untuk memulangkan semula beberapa barangan yang diberikan kepadanya seperti telefon bimbit dan beg jenama mewah, Gucci.

"Kau dah ceraikan aku... ha jangan malu-malu la nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu beg, kasut tu… sebab aku bukan sugar mummy kau ya.

Klik untuk gambar besar





"Kau dah boleh pergi beli telefon baru ya aku nak telefon aku balik. Jadi tak salah kalau aku minta telefon genggam aku balik dengan beg Gucci aku balik?" katanya.

Sementara itu, Eilyas menerusi Insta Story turut mendakwa dia tidak pernah menginginkan beg jenama mewah, Gucci namun dipaksa pakai oleh Zarina.

"Beg tu aku tak nak pun, dia yang beli dan paksa pakai. Bukan aku heran pun. Bila rujuk balik, dia suruh ambil semula. Tapi aku tolak dan siap cakap dia ikhlas. Tu ikhlas dia untuk kali kedualah untuk bag b**** ni," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: