03 May 2021

UAI MAHU PENUHI UNDANGAN, RUMAH MENTUA BERDEKATAN RUMAH DATUK K: "SALAHKAH SAYA DOAKAN ANAK DIA"



"Saya pergi atas undangan daripada Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), kami memang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini dah tiga kali dia ajak saya datang rumah dia... sebab masa saya sakit hari itu dia datang melawat saya selama dua jam.

"Jadi, kali ini saya balas balik (jemputan). Salahkah saya pergi ke majlis yang kawan jemput untuk doakan anak dia? Rumah mentua saya dekat dengan rumah Datuk K, saya pergi pun selepas selesai solat tarawih dan tengok masih ada jemputan lain lagi (pada ketika itu).

"Bukan saya nak pergi sangat tapi sebab dah kawan menjemput," demikian perjelasan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dimana dia tidak melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri, sebaliknya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sehari sebelum majlis itu diadakan.

Selepas kehadiran di majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pertikaian netizen, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kedatangannya adalah bagi memenuhi undangan daripada sahabat baik iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Klik untuk gambar besar





Tambah Ustaz Azhar Idrus, dia menetap di kediaman mentuanya yang terletak berhampiran dengan rumah penyanyi kesayangan ramai itu. Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter @_rezarazali_, UAI berkata dia menghadiri majlis tersebut selepas selesai mengerjakan solat tarawih pada Isnin lalu.

Nama Ustaz Azhar Idrus menjadi perhatian netizen selepas dia didakwa merentas negeri memandangkan ramai sedia maklum ustaz tersebut menetap di Terengganu.

Difahamkan, sehari sebelum majlis tahnik itu berlangsung, Ustaz Azhar Idrus terlibat dalam satu program Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur.


Sebelum ini, Siti melalui kenyataan medianya mengatakan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan kesemua jemputan pada majlis tersebut.

"Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan," katanya.

Selain Ustaz Azhar Idrus, majlis tahnik anak lelaki Siti, Muhammad Afwa itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: