Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video pengacara sensasi Azwan Ali menyelar tindakan selebriti yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP). Malah video terbabit trending di laman Twitter pada Sabtu.
Menerusi video itu, Azwan tanpa menyebut nama, menyindir seorang selebriti yang sanggup merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.
"Tak payah menggelupur pergi Nilai 3! Dahlah kau rentas negeri tak ikut SOP. Sini berlambaklah! Sedih! Kau terasa ke!" kata Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA.
Dalam pada 'memaki hamun' rakan selebriti lain, tindakan Azwan yang tidak memakai pelitup muka dalam video tersebut turut dikecam netizen.
Rakaman video itu dibuat di sebuah gedung karpet di ibu negara. Video itu turut memaparkan pelakon Dazrin Kamaruddin yang turut menemani Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA memilih karpet yang ingin dibeli.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, menerusi laman Twitternya juga, Azwan turut menyokong kenyataan pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkaitan seorang selebriti 'kumpul' pahala selepas dikecam netizen ekoran dakwaan melanggar SOP.
"Hidup Ridhuan Tee! Marahkan je mana-mana kluster kayangan," tuturnya.
Terdahulu, pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa menjadi perhatian apabila didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet bersama suaminya PU Riz.
Manakala nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pula terkait dengan isu majlis tahnik anak keduanya yang didakwa telah menjemput pendakwah dari luar. Kedua-dua kes ini masih lagi di bawah siasatan pihak polis.
________________________
No comments:
Post a Comment