11 May 2021

TUNANG SANGGUP JUAL LEMANG KUMPUL DUIT KAHWIN - ELISYA SANDHA RASA TERHARU



Pelakon Elisya Sandha menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar lemang dan rendang yang dihantar oleh tunangnya, Uzair Haqimy.

Dalam entri tersebut juga, adik kepada pelakon Fasha sandha itu meluahkan rasa terharu apabila tunangnya itu sanggup berniaga lemang untuk kumpul duit bagi majlis perkahwinan mereka nanti.

Difahamkan, tunangnya yang juga anak kepada penerbit dan pelakon Sheila Rusly itu menjual lemang sempena Ramadan dan Syawal ini.

Klik untuk gambar besar



"Salam sahur encik tunang ada hantar @lemangketukketukramadhan untuk kita cuba tadi sedap! Korang kena try! Tak raya lah kalau tak ada lemang!! All the best I doakan you selalu @uzairhaqimy69 katanya nak cari duit kahwin (sweet kan? Suka buat orang touching)," tulis Elisya.

Perkongsian Elisya itu mendapat komen balas daripada Uzair yang sangguup melakukan apa sahaja demi masa depan keluarga mereka yang akan dibina kelak.

Terdahulu, Elisya dan Uzair mengikat tali pertunangan pada 31 Januari lalu dan merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.



www.myartis.com / Foto: Instagram Elisya Sandha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: