11 May 2021

BERSYUKUR SOLAT TARAWIH DI MASJID - SASHA AKAN INGAT MOMEN MALAM TERAKHIR RAMADAN DI DUBAI



"Saya sangat bersyukur dapat melalui pengalaman solat tarawih dan qiamullail pada Ramadan kali ini selepas kecewa kerana saya tidak berpeluang lakukannya pada tahun lalu.

"Walaupun bahagian wanita telah ditutup sepanjang tahun, tetapi yang paling penting ialah kita dapat berdoa di luar dengan udara malam yang sejuk dan beberapa malam berdoa di tengah ribut pasir yang ringan.

"Ramadhan kali ini dengan segala dugaan dan kesusahannya yang selalu ada bersama saya dan telah mengajar saya untuk tidak menganggap perkara-perkara begitu saja," itulah kata penyanyi Sasha Saidin.

Kekecewaan kakak kepada pelakon Zain Saidin itu pada Ramadan tahun lalu akhirnya terubat apabila dia berpeluang menunaikan solat tarawih dan qiamullail di masjid pada tahun ini.

Klik untuk gambar besar



Biarpun ruang bahagian solat wanita di sebuah masjid yang terletak di Dubai, Arab Saudi ditutup, namun Sasha bersyukur dapat melakukan ibadah itu di luar dengan ditemani udara malam yang segar.

Akui pelakon berusia 45 tahun itu, pelbagai dugaan dan kepayahan yang dilalui sepanjang tahun ini mengajar dirinya untuk menghargai setiap peluang yang diberikan.

Sasha yang juga salah seorang ahli kumpulan Elite itu berkongsi foto berada di masjid tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.


Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan menganggap Sasha bertuah kerana berpeluang menunaikan solat di masjid. Dalam pada itu, Sasha memberitahu dia akan sentiasa mengingati momen indah yang dilalui beberapa malam terakhir Ramadan.

"Ini membuat saya berasa bersyukur kerana berpeluang berada di mana saya berada sekarang. Saya akan mengingati malam yang menakjubkan dengan ayat-ayat al-Quran yang indah dibaca bersama angin malam yang sejuk sampai ke telinga sehingga membawa ketenangan di jiwa saya," ujarnya.

Untuk makluman, Sasha dan suaminya, Sirhan Wahab yang juga ahli perniagaan itu kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.


www.myartis.com / Foto: Instagram Sasha Saidin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: