14 June 2021

"ACAH KATA AKU ROSAK AKIDAH" - IQRAM DINZLY BIDAS PU SYED, TAMPIL PERJELAS VIDEO



Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Syed telah mendakwa pelakon Iqram Dinzly cuba memesongkan akidah anak muda dalam perihal agama. Teguran PU Syed itu bagaimanapun telah mendapat respon dan maklum balas sendiri dari Iqram.

Pelakon itu tampil membidas kenyataan PU Syed dengan meluahkan rasa berang dan tak bersetuju dengan komen pendakwah tersebut, malah mahu membawa perkara itu ke muka pengadilan.

"Assalamualaikum. Terus tuju buat @_pusyed yang aku rasa kau ni layak gelaran Ustaz Abu Syirik Version 2021 & P***** Ular dalam semak yng memang cukup kuat menyalak. Aduh, aku respek anak muda Afsham ni lagi sebab berani tampil invite live & slowtalk walaupun belakang aku sebenarnya memb***kan aku jugak.

"Tapi tidaklah si bongkak riak macam kamu ni yang acah-acah jual agama untuk jual produk yang kononnya dah disyifa' oleh kau yang rasa diri hebat terlalu warak. Lepas tu kau koyak, kau ajak pengikut kau yang dah macam yahud. Sifatnya sampai macam kau yang kau sendiri lupa macam mana nak handle situasi dengan melaksanakannya secara #sunnah & #barakah.

Klik untuk gambar besar



"NOTA buat ular dalam semak : Sebelum kau lebih menyalak & koyak rabak. Buka surah At Taha ayak 14 sebelum kau mati tercekik dengan kahak dek hujah kau yang berlagak, bongkak, riak & macam pa wow kap ya mim alif kaf.

"FYI : Alhadulillah Allah kurniakan otak aku yang bijak supaya screenshot apa sahaja bukti sahih yang aku boleh kemukakan kedepan & sempat copy paste caption aku sebelum di report oleh pengikut-pengikut yang bongkak!

"Dan kau nak hujah lebih sebab bongkak yang kau diperbodohkan oleh netizen yang bijak mencuit otak ko yang benak & kepala botak yang rindukan zina semak dimana kau tak ikuti dari awal hingga akhir live ini ketika kami berborak? #seeyouincourt," tulis Iqram.



Sementara itu, menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, Iqram turut memberi maklum balas tentng dakwaan yang dianggap fitnah terhadap dirinya. Menurut Iqram, tuduhan sebegitu tidak seharusnya dilemparkan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah atas rahmat ini !!! Alhamdulillah diucapkan atas segala #viral #fitnah yg mencurah-curah. MasyaAllah Allah makbulkan doa IQ untuk ditunjukkan kebenaran yang lebih indah. Kita takyah bercerita pasal #sembahlahaku dulu lah ya. Jalan terus ke #teguran yang dikatakan benar belaka. Wow hebatnya kamu ya wahai manusia.

"1. Video durasi kurang 2 minit di petik oleh #netizen yang bijak dari live #tiktok bukan #bigo ya bloggers-bloggers yang terlebih bijak cari fakta. Sebenarnya lebih dari sejam kejadiannya.



"2. Teguran? Cuba explainkan sikit maksud teguran dalam Islam? Adakah kelam seperti mana si maksom @_Pusyed ni yang tampak kelam? Kenapa tak mention direct instead hanya sebut nama IQRam?

"3. Siapa kau dikalangan aku? Kau side famili aku yang mana satu? Kau sahabat-sahabat yang rapat ngan aku? Atau kau memang acah nak sembang padu tapi otak kau tepu? Eih silap aku tak boleh cakap sembarangan pada para Nabi & Rasul macam kamu tu. Ilmu kamu itu tinggi sampai kau rasa diri kau takkan dijilat api neraka ya itu sudah tentu.

"4. Sekiranya benar kau mengikut ajaran Sunnah wal jamaah mana #akidah kau untuk bersua muka secara ukhwah & bersembang secara lapang dada instead kau lontar di insta untuk kau rasa : "aku lah pejuangan tegak kebenaran yg dipilih Allah"?



"Buat mengucap sedara atau kau dah tak perlu sebut 2 kalimah sebab kau dah rasa diri kau tu Pesuruh Allah?

"5. PU ke ustaz ke Apa ke, sedar tak khutbah terakhir Rasullullah saw telah berpesan Tiada #Nabi & Rasul selepas kewafatan Baginda & #Alquran #Sunnah ditinggalkan sebagai panduan," jelasnya.

Malah kata Iqram, hal berkaitan dengan isu tekanan atau depresi juga tidak patut dibangkitkan.

"Kenapa aku pula kau nak bangkitkan isu yang mungkin kau sedang stress | depression sebab pusat rawatan kau tak siapa nak lawat sebab PKP? Chill Ah Bro! Sekiranya benar kau di jalan Allah, kau kena redha & berserah. Bukan macam anjing menyalak alkononnya acah kau kata aku rosak akidah. Kang kata bodoh berdekah, tentu ada pengikut kau yang taksub report aku dah 2 kali aku post dalam keadaan marah.



"Tapi aku ada hak juga nak meludah. Sebab aku sedar aku bukan Nabi | Rasul yang rasa cukop sempurna ibadah. Atau kau sedang mabok fana diuji kerna prasangka diri senantiasa dikurniakan hidayah?

"Macam ni lah aku suka kau buat video belakang background yang acah. #akubukannabitapibani," ujar Iqram lagi.

Sebelum ini, PU Syed mengingatkan agar anak muda atau pengguna media sosial yang lain supaya tidak layan sekiranya pelakon itu buat Live. Ini kerana bimbang akan terpesong akidah dan tidak mendapat sebarang manfaat dari interaksi sedemikian.

Tambahan pula, pada pandangan PU Syed, Iqram perlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah kerana khuatif akan tersimpang lebih jauh.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: