14 June 2021

IBU MERTUA MASUK HOSPITAL, SESAK NAFAS - AMAR BAHARIN AKUR TAK DAPAT LAWAT



Selepas mengadu mengalami masalah sesak nafas pada awal pagi Ahad semalam, pelakon Amar Baharin memberitahu bahawa ibu mertuanya iaitu Noor Zaridah Ahmad terpaksa dikejarkan ke hospital swasta.

Amar atau nama sebenarnya, Amar Mohd Baharin, 35 berkata keadaan kesihatan ibu kepada isterinya, Amyra Rosli sudah semakin pulih selepas mendapat rawatan di hospital tersebut, namun masih menunggu keputusan daripada pakar perubatan.

"Alhamdulillah, dia baik-baik saja. Semalam tiba-tiba sesak nafas dan demam. Terus ditahan di wad. Sekarang tengah tunggu keputusan tapi pernafasan dah okey," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada masa yang sama juga, pelakon tersebut akur dengan peraturan hospital yang tidak membenarkan mana-mana pelawat datang semasa pandemik ini: "Saya tak pergi melawat pun. Prosedur hospital sekarang tak mengizinkan," jelas Amar.

Sebelum ini, Amyra turut berkongsikan satu gambar hantaran di akaun Instagram, dia sedang memegang tangan ibunya dan meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesembuhan ibu kepada pelakon tersebut.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: