08 June 2021

ALL TOGETHER NOW MALAYSIA - TAYANGANNYA DIHENTIKAN SEKETIKA SEHINGGA SIASATAN SELESAI



"Krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.

"Set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka," kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad yang memberitahu rancangan All Together Now Malaysia dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Pihak penerbitan program tersebut memutuskan untuk menghentikan sementara program terbabit sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai. Dimaklumkan, rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu.

Laporan berkenaan turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: