09 June 2021

DAFI DIKECAM LANGGAR SOP - TIADA 'DOUBLE STANDARD', MKN AKAN AMBIL TINDAKAN TERMASUK ANAK SENDIRI



"Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan siasatan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang. Tindakan akan diambil jika ada yang melanggar SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika itu anak saya," demikian kata Menteri Kanan Keselamatan (MKN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung anaknya, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi.

Nama Dafi hangat diperkatakan dan menjadi perhatian sejak Ahad lalu selepas dia dilihat menjadi salah seorang juri di antara 50 juri yang terdiri daripada kalangan artis. Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen.

Penyanyi tersebut telah menerima kecaman teruk oleh netizen yang menyifatkan dia sepatutnya memberi contoh yang baik sebagai anak menteri.

Klik untuk gambar besar



Susulan itu, Ismail Sabri berkata tidak ada sebarang double standard dan tindakan akan diambil jika melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah anaknya sendiri.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali, tiada sebarang kerta siasatan dibuka kerana program tersebut telah lama dirakam iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) sekitar Mac tempoh hari.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: