08 June 2021

'AYSHA ARSYLIA' - NAMA ANAK KEDUA UMMI NAZEERA SEMPENA ISTERI RASULULLAH SAW



"Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW. Arsylia pula yang bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia & sempurna.

"Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa & keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara. Risau mummy masa 4 minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding.

"Tapi Alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur. Allah Maha Besar," demikian tulis pelakon Ummi Nazeera menerusi laman Instagram miliknya dimana dia akhirnya mendedahkan nama dan wajah anak keduanya kepada umum selepas tujuh hari melahirkan.

Dalam entri yang dimuat naik itu, Ummi berkongsi nama puteri keduanya iaitu 'Aysha Arsylia' yang diberi sempena nama isteri rasulullah SAW beserta wajah bayinya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video berdurasi 15 saat itu lagi, Ummi turut berkongsi pengalamannya ketika mengalami pendarahan sewaktu hamil empat minggu.

Namun pelakon G'ol & Gincu Vol. 2' itu bersyukur apabila diberikan peluang dan rezeki untuk melahirkan Aysha secara normal. Melihat pada ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah dan memuji wajah comel Aysha.

"Alhamdulillah, congrats my dear. Semoga baby dan mummy sihat. Selamat berpantang," komen penyanyi Idayu.



"Assalamualaikum Aysha. Comelnya baby ni. Tahniah Ummi" - "Sedapnya nama Aysha. Semoga menjadi anak yang solehah" - "Masya-Allah comelnya dia. Dagu tu yang mahal," antara komen wargamaya.

Pada 2 Jun lalu, Ummi telah selamat melahirkan bayi keduanya seberat 3.2 kilogram di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.

Untuk makluman, Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 31, berkahwin dengan seorang doktor, Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua cahay mata. Anak sulung pasangan ini bernama Ayra yang dilahirkan pada 22 Ogos 2018 dan kini berusia tiga tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: