08 June 2021

MUNCUL KETIKA 'LIVE', PERUT OZLYNN SEOLAH 'BABY BUMP' JADI PERHATIAN - RAMAI UCAP TAHNIAH



Menerusi laman Instagram ERA, pelawak Johan dan juga penyampai radio ERA iaitu Haniff sedang 'meraikan' hari Ray secara virtual semasa sesi siaran langsung JoHaRa.

Namun dikala ramai menyampaikan ucapan hari jadi kepada Ray, isteri kepada Johan iaitu pelakon Ozlynn telah muncul sewaktu siaran tersebut dan ia menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, kehadiran Ozlynn yang berada di belakang Johan sambil tersenyum dan melambaikan tangannya kepada Ray menjadi bualan netizen.

Klik untuk gambar besar



Ini kerana perubahan bentuk badan Ozlynn yang berisi di bahagian perutnya seolah 'baby bump' itu mencetuskan tanda tanya netizen. Malah netizen juga sudah mula mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa gembira buat pasangan berkenaan.

Meskipun begitu, sehingga kini Ozlynn masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. Untuk makluman, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada Julai 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Molieq.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: