08 June 2021

DUA ANAK HAZIQ HUSSNI ALAMI JANGKITAN VIRUS PADA PARU-PARU, KENA PAKAI 'NEBULISER'



"Anak-anak saya alami demam, selsema dan batuk selama seminggu dan apabila buat pemeriksaan, doktor sahkan ada virus dekat paru-paru. Hari ini dah masuk hari kedua kami di hospital. Saya bersama isteri teman anak-anak di hospital. Untuk teman anak-anak, saya dan isteri kena lakukan ujian saringan terlebih dahulu.

"Alhamdulillah semua keputusan negatif... anak-anak pun sama negatif," kata pengacara Haziq Hussni mengenai kedua-dua orang anaknya yang terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di Shah alam akibat jangkitan virus pada paru-paru.

Menurut Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni ini, dua orang anaknya iaitu Muhammad Heidy Nufael, 4, dan Chayra Auliya, 3 mula mengalami demam, selsema dan batuk sejak seminggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun penyampai radio Hot FM ini bersyukur keputusan ujian saringan Covid-19 ke atas kedua-dua kanak-kanak itu serta dia dan isteri, Ayunda Putri adalah negatif.

Sebelum ini, selebriti berusia 30 tahun itu berkongsi foto di laman Instagram memperlihatkan tangan dua orang anaknya memakai gelang hospital. Rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar anak-anak Haziq diberikan kesihatan yang baik.

Dalam pada itu, pengacara program Muzik-Muzik ini memberitahu keadaan anak-anaknya itu masih dalam pemantauan doktor dan mereka juga diberikan antibiotik selama empat hari. Biarpun sedih melihat keadaan dua orang anak sedang sakit, namun Haziq memuji isterinya yang kelihatan tenang berdepan dengan dugaan.



"Buat masa sekarang doktor masih pantau keadaan anak-anak saya. Kena masuk antibiotik untuk tiga hingga empat hari. Kalau keadaan semakin baik dan tak ada apa-apa selepas itu... boleh pulang dah.

"Harap boleh doakan Heidy dan Yaya cepat sihat. Kita yang dewasa sakit juga nak tahan dan buang kahak semua. Budak-budak ini lagi la tak tahu apa-apa. Nasib baik isteri saya seorang yang kuat... dia la yang paling tenang berhadapan dengan keadaan anak-anak tengah sakit," ujarnya.

Untuk makluman, Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: