08 June 2021

"DOAKAN ANAK-ANAK KAMI SELAMAT" - ISTERI RODY KRISTAL DISAHKAN POSITIF COVID-19



"Ya, isteri saya pula disahkan positif Covid-19 dan sebaik sahaja terima keputusan swab test semalam (Isnin), dia terus kuarantin bersama saya di rumah ibu bapa saya. Niena juga mengalami simptom yang sama seperti saya.

"Sehingga kini dia masih lagi demam dan sakit kepala," itulah kata gitaris kumpulan Kristal, Rody yang memakluman isterinya iaitu Niena Azman pula disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan kali kedua.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkata, Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan kini menjalani kuarantin bersamanya sejak Selasa.

Klik untuk gambar besar



Tambah Rody lagi, isterinya juga mengalami simptom yang sama sepertinya iaitu demam panas dan sakit kepala sehingga kini. Terdahulu, Rody menerusi Instagram berkongsi mengenai isterinya yang disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin bersamanya.

Menerusi laporan sebelum ini, Rody mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang disahkan positif terlebih dahulu. Menurut Rody, adik iparnya mengalami demam selama tiga hari dan isteri serta anak mereka turut dijangkiti Covid-19.



Dalam pada itu, Rody berharap orang ramai dapat mendoakan dua orang anaknya dan ibu bapanya dijauhi virus tersebut memandangkan mereka akan melakukan ujian saringan.

"Saya harap semua orang mendoakan anak-anak saya dan ibu bapa saya selamat... mereka akan buat ujian saringan hari ini. Anak-anak dan ibu bapa saya kini tinggal di rumah saya buat sementara waktu," ujarnya.

Untuk gambar besar, Rody berkahwin dengan Niena di Kulai Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: