08 June 2021

NABILA HUDA & SUAMI SUDAH DIVAKSIN - NETIZEN KELIRU, "BEKAS PESAKIT COVID-19 BUKAN KENA TUNGGU 3 BULAN KE?"



"Siapa takut jarum,dia faham reaction tu..🤣 #kamitelahdivaksin," demikianlah kapsyen pelakon Nabila Huda pada foto yang memaparkan dirinya dan suami sudah mendapatkan vaksin di laman Instagram.

Perkongsian Nabila itu telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna media sosial. Apa yang menjadi pertanyaan adalah apabila Nabila yang baru sahaja sembuh setelah positif COVID-19 sepatutnya menunggu lebih kurang tiga bulan sebelum menerima vaksin, seperti yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan.

Ruangan komen foto tersebut kemudiannya dihujani pertanyaan oleh kebanyakan bekas pesakit COVID-19 dan turut berkongsi pengalaman di mana mereka telah diminta tunggu selama tiga bulan jika pernah menghidap wabak tersebut sebelum ini.

"Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas positif COVID-19? Saya keliru..," tanya seorang pengguna media sosial.

Klik untuk gambar besar



"Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas tarikh akhir kuarantin? Saya bekas pesakit COVID-19 dan sepatutnya dapat vaksin beberapa hari lalu. Namun selepas hubungi nombor hotline dalam MySejahtera, mereka beritahu tidak perlu datang dan perlu tunggu selama tiga bulan," kata pengguna Instagram lain.

Tidak mendiamkan diri, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu tampil membalas komen netizen dengan mengatakan bahawa dia hanya pergi ke pusat vaksinasi seperti yang dijadualkan seperti biasa.

"Saya tidak pasti, saya hanya pergi saja mengikut tarikh yang diberikan dalam MySejahtera. Alhamdullilah mereka tidak cakap apa-apa pun..," jelas Nabila.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa bekas pesakit COVID-19 boleh menerima sunyikan vaksin sekiranya tiada antibodu dikesan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan selepas pulih.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: