08 June 2021

BILA FAZURA BERHIJAB



"Cantiknya Fazura. Harap sangat dah berhijab. Amin ya rabbal alamain. Saya sangat mengagumi anda.

"Alhamdulillah, dah berhijab dah Fazura.

"Cantiknya bertudung," demikianlah antara komen pengikut Nur Fazura di Instagram.

Meskipun penampilan Fazura mengenakan hijab yang dimuatnaiknya di Instagram tidaklah sebagaimana wanita berhijab yang lain, namun ia tetap menjadi perbualan netizen dan penuh tanda tanya.

Tanya mereka, adakah ini tanda-tanda bahawa Fazura sedang berjinak-jinak mahu berhijab penuh?

Malah ada juga yang mendoakan agar isteri kepada pelakon Fattah Amin itu terus berhijab dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata.

Klik untuk gambar besar



Ini kerana, dalam IG terbaru pelakon yang berusia 37 tahun itu, dia dilihat sering berkongsi video atau gambar berhijab.

"Setiap tahun saya akan bertudung pada bulan Ramadan. Sudah tentulah, saya ada niat dan keinginan ke arah itu. Tapi, itu antara saya dengan Allah.

"Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya," begitulah jelas Fazura memberi bayangan menerusi satu temu bual bersama media pada Ramadan lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: