08 June 2021

DAKWAAN PROGRAM HIBURAN INGKAR SOP - MKN ARAH SIASAT



"Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program berkenaan.

"KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit," kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd Rabin Basir.

Semuanya gara-gara dakwaan sebuah program hiburan syarikat televisyen swasta yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Tambah Mohd Rabin, siasatan ke atas rancangan berkenaan akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

"Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ada pelanggaran boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku tetapi ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika berlaku sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan walaupun rakaman program terbabit sudah selesai, tambahnya lagi.

Terdahulu, beliau mengulas dakwaan rakaman musim pertama rancangan hiburan, menampilkan 50 juri yang dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berkenaan dibuat.

Difahamkan, rakaman program berkenaan dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sebelum ini, iaitu antara 3 Mac hingga 11 April lalu.



TONTON VIDEO: https://fb.watch/5__VKih7wF/

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: