08 June 2021

KINI SUDAH BERHIJAB - AMEERA KHAN PILIH TINGGAL DI KELANTAN JIKA DIBERI PILIHAN



Adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu personaliti media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan dilihat kini sudah berhijrah dan tampil berhijab. Dek kerana itu, ramai yang memuji penampilan terbarunya ini.

Baru-baru ini, Ameera ada membuka ruang pertanyaan kepada pengikutnya untuk bertanyakan apa sahaja soalan. Ada yang bertanyakan sama ada Ameera memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur ataupun Kelantan. Gadis berusia 21 tahun itu menjawab jika diberi pilihan dia memilih untuk tinggal di Kelantan.

Malah, satu lagi soalan ditanyakan pengikutnya Ameera menjawab dia lebih memilih untuk tinggal di kampung berbanding di bandar. Pasti ramai tidak sangka Ameera lebih sukakan kampung.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, seorang pengikut bertanyakan mengenai penghijrahan Ameera. Meluahkan rasa syukur, Ameera menjawab dia kini sangat tenang dan bahagia.

Untuk makluman, Ameera boleh dikatakan sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti. Di antara adik-beradik Neelofa, Ameera antara yang paling popular.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: