21 June 2021

AZAD JASMIN BORONG SEMUA BURGER, SEDIH LIHAT REMAJA BERNIAGA DALAM HUJAN



Pelakon Azad Jasmin menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah berkongsi satu video yang memaparkan seorang remaja sedang gigih berniaga burger meskipun dalam cuaca sedang hujan lebat.

Melihat pada video yang dimuat naik, pemuda berkenaan berdiri di lampu isyarat sambil memegang beberapa biji burger. Azad yang sedih melihat remaja tersebut telah memborong semua burger berkenaan.

Dalam entri tersebut, Azad turut berharap orang ramai yang melalui jalan berkenaan untuk membantu peniaga tersebut kerana mereka bukan meraih simpati tetapi untuk mencari pendapatan.

Klik untuk gambar besar



"Tolong lahhhhh, sesiapa yg lalu kot area Shah alam, tolong lah budak ni, dia tak mintak duit, dia cuma mintak anda kalau terjumpa dia, beli lah burger dia nah... anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda....

"Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, Jagalah insan ini bersama keluarganya Amin Amin Amin.... kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan diluar... #kitajagakita," tulis Azad.

Perkongsian Azad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati dengan remaja berkenaan yang tetap gigih berniaga serta mendoakan agar dilimpahkan rezeki berganda.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: