22 June 2021

AZHAR SULAIMAN DEDAH GADIS BERHAJAT JADI MENANTU: "I SAID YES"



"Rees she has personally asked me to be my menantu... I said yes... so how lar.. this can't go on Rees... Daddy tak suka jadi posmen," itulah kata pelakon Azhar Sulaiman yang mendedahkan didatangi seorang gadis yang berhajat ingin menjadi menantunya.

Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Azhar berkata, dia tidak akan menjadi orang tengah kepada gadis berkenaan dan menyerahkan keputusan itu kepada anak lelakinya, Andika Rees Pahamin.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon filem 'Impian' itu memuji kecantikan wajah gadis tersebut.

Untuk makluman, Rees merupakan pasangan kembar kepada Kasih Iris Leona. Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Kasih Leia Ixora.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: