22 June 2021

BUJANG HAJI DRAMA TERBARU DI SLOT QALBU TV ALHIJRAH



Badai wabak COVID-19 yang memberi impak yang besar kepada sosioekonomi masyarakat Malaysia. Namun, musibah pandemik ini juga mengajar kita untuk lebih menghargai masa dan keluarga tercinta.

Bagi memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah sewaktu tempoh PKP 3.0 ini, TV AlHijrah kali ini tampil dengan slot drama bersiri baru yang dinamakan sebagai Slot Qalbu.

Slot Qalbu akan menyiarkan barisan drama bersiri baru, menarik dan memberi nilai tambah kepada kehidupan seharian penonton. Drama-drama ini akan disiarkan pada setiap Isnin dan selasa jam 6 petang.

Sebagai permulaan, Drama Bujang Haji telah ditayangkan bermula 8 Jun 2021 yang lalu sebanyak 13 episod siaran.

Menariknya, karya arahan Isqandar Jebat di bawah penerbitan Hujan Lebat Sdn Bhd adalah antara drama yang diterbitkan dan disiarkan dengan Kerjasama Dana Pembangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Klik untuk gambar besar



SINOPSIS

Bujang Haji mengisahkan tentang tiga sahabat bujang iaitu Yus, Adi dan Ucup yang bekerja sebagai penjual ikan segar di pasar harian. Rutin harian mereka adalah rutin harian biasa yang dilalui oleh anak muda setempat yang lain.

Semuanya berubah apabila Haji Isa datang ke gerai mereka untuk membeli ikan. Haji Isa mahu mengadakan kenduri doa selamat, menjamu laksa kepada orang kampung sebagai tanda syukur dia terpilih untuk melaksanakan ibadah haji dalam masa terdekat.



Bermula detik itu, Yus, Adi dan Ucup seperti terpanggil dan mendapat semangat baru untuk turut ke kota suci Mekah melaksanakan rukun islam kelima itu. Mereka semakin sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan bekalan kewangan yang cukup agar urusan haji mereka berjalan lancar.

Ketiga-tiga mereka bekerja keras untuk mencapai misi suci ini. Pelbagai peristiwa berlaku apabila masing-masing saling berlumba-lumba menunjukkan kesungguhan.

Drama Bujang Haji dibintangi oleh Chiwan Chilok, Din Latah, Jalil Hamid, Aliff Yasraf, Kartina Aziz, Fathil Dani, Rosnah Mat Aris, Hamdan Senario, Norlia Ghani, Sharifah Nur Anthasha, Mazlan Abdullah, Ramah Harun serta penampilan istimewa oleh Nasha Aziz.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: